Seramai 25 orang yang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.<br /><br />Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) jbpm daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan bencana banjir itu pada jam 6.28 petang semalam.
